Friday, 6 September 2013

Permohonan Maaf

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Yang dikasihi rakan-rakan staf GISB dan pembaca budiman!

Saya, Mokhtar b Tajuddin, penulis blog MT-Ikhwan313 ingin memohon maaf dengan sebanyak-banyaknya kepada semua atas segala tulisan saya selama ini, yang sebenarnya adalah salah, mengelirukan, melanggar fatwa ‎dan membawa kepada kesesatan.

Seiring dengan pengistiharan Taubat oleh Puan Ibu Haatijah AM dan seluruh Team Pengurusan dan Staf GISB, saya juga bertaubat daripada mengamalkan Aurad Muhammadiah dan apa-apa amalan yang didapati bercanggah dengan lunas-lunas pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Juga ingin ditegaskan bahawa berpegang kepada Abuya ghaib dan akan zahir semula, adalah salah. Abuya sebenar telah mati dan tidak akan kembali lagi. Moga Abuya damai di sana.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua agar kembali ke pangkal jalan dan serius untuk benar-benar menyesal. Marilah sama-sama kita beramal dengan segala amalan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang selamat dan menyelamatkan.

Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan panduan agar kami mampu kembali ke tengah masayarakat yang sama-sama cintakan Agama, Bangsa dan Negara. Diharapkan GISB dapat menjadi sebuah syarikat yang sama-sama mendokong aspirasi negara Malaysia yang tercinta.

"MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

Sekian

Yang bertanggungjawab,
Mokhtar b Tajuddin

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

No comments:

Post a Comment