Friday 4 October 2013

Kuda Perang

‎Salam sejahtera! 
Lagi sekali menulis, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan ada manfaat bersama, terutama untuk diri dan ahli keluarga.

Kedengaran hampir saban hari, alunan-alunan nasyid Generasi Harapan. Khususnya daripada album Pembela Al Quran. Kedengarannya dari corong-corong pembesar suara yang disambungkan ke MP3 dan lain-lain media elektronik. Antara yang menarik dan sering menjadi ikutan anak-anak remaja ialah nasyid Kuda Perang, terjemahan surah Al Adiyat.

Begini terjemahannya: 

" Demi kuda perang yang tangkas
berlari dengan kencang nafasnya

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh

Sehingga menghemburkan debu
pada waktu itu

Lalu menggempurkan ketika itu
di tengah-tengah kumpulan musuh

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur nikmat Tuhannya

Dan sesungguhnya dia menerangkan 
dengan jelas keadaan yang demikian

Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayang dan tamakkan hartanya

Tidakkah ia ketahui ketika di bongkar segala yang ada dalam kubur

Dan dikumpul serta didedahkan
segala yang terpendam dalam dada

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang mereka pada hari itu "

-----*-----

Alhamdulillah, satu hiburan yang tidak melalaikan. Susunan muziknya juga, sedap didengari. Malah, lontaran suara vokalisnya sangat baik dan pasti anak-anak muda yang di luar sana juga, jika berpeluang mendengarnya pasti akan tertarik.

Inilah tajdid dalam berdakwah. Sebelum ini sajak-sajak nukilan Abuya, disuntik dengan susuan muzik yang menyegarkan. Ditambah lantunan suara vokal yang bagus, akan menarik anak-anak muda mendengar. Bila dah suka, menghayati liriknya, akhirnya dapat sentuhan dakwah. Lebih-lebih lagi album Pembela Al Quran. Adalah idea atau Yang Berbahagia Puan Ibu Haatijah Aam. Menggunakan kalamullah yang dinasyidkan untuk mendekati masyarakat, agar lebih cendorong kepada firman Allah.

Ini jugalah sebenarnya yang diguna pakai oleh Yahudi. Menggunakan muzik hiburan untuk berdakyah kepada umat Islam. Mula-mula tertarik dengan muzik. Kemudian memahami liriknya, akhir terikut dengan gejala metalica, gothic dan lain-lain gejala yang boleh menjejaskan aqidah.

Berbalik kepada nasyid Kuda Perang. Pada asalnya agak kehairanan, kenapa Allah pada awal surah, menceritakan tentang kuda perang dan tiba-tiba terus kepada tabiat manusia yang tamak haloba? 

Rupa-rupanya Allah mahu manusia belajar dengan watak kuda perang, agar pandai dalam menjalani kehidupan sebagai sebaik-baik manusia. Kerana sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

Kuda perang yang ditunggangi oleh tuannya mengarah ke medan perang. Bukan jalan-jalan makan angin atau bukan juga, jalan-jalan cari makan. Lagi sekali diingatkan kuda perang diarahkan ke medan perang.

Pergi dengan semangat waja, semangat wira sehingga hentakan kaki kuda perang yang bersentuhan batu-batu pejal memercikkan api. Bukannya berjalan di atas padang rumput, tanah-tanah gebu atau kawasan-kawasan indah permai. Terpaksa mengharungi perjalanan dalam suasana kesejukan yang dahsyat. Ada waktu-waktunya, berminggu-minggu perjalanan mengambil masa.

Sesampai di medan perang. Maka terlihatlah oleh kuda perang ini, akan suasana perang yang sedang sangat berkecamuk. Bunyi hingar bingar pekikan dari setiap sudut medan perang. Jeritan dan tempikan manusia tidak dapat dihindarkan lagi. Mata pedang yang saling bergemerincing pula, memenuhi ruang udara medan perang. Bau hanyir darah manusia, darah unta bahkan darah kuda yang cedera dan mati, menusuk rongga-rongga hidung.

Si kuda perang melihat dengan jelas, manusia-manusia yang meraung kesakitan dan ada yang mati. Tidak kurang dilihatnya juga spesis-spesis kuda seumpamanya, yang menjadi korban perang. Tapi bila tuannya mengekang tali untuk memecutnya ke medan perang seawal waktu subuh, tanpa berlengah, tanpa dolak dalik, tanpa keuzuran, tanpa tipu muslihat si kuda terus meluru menyerbu ke tengah-tengah kumpulan musuh. Terperciklah api dari hentakan kaki kuda, yang laju meluru ke arah medan perang. Sedikit pun tidak gentar dengan hujan anak panah yang puluhan bahkan ratusan menghujani di hadapan, kiri, kanan dan belakangnya. Gawatnya keadaan di medan perang, namun si kuda perang tetap TAAT kepada tuannya.

Bagaimana dengan kita, orang Islam di akhir zaman? Yang berikrar hidup dan mati untuk Allah semata-mata. Bukan untuk selainnya. Bahkan pertanyaan yang sama perlu diajukan kepada mereka-mereka yang mengaku pejuang-pejuang kebenaran, bagaimana kita bila benar-benar bertemu atau ditemukan dengan medan juang? Belum lagi medan perang yang sebenar, yang bakal menjelma dalam siri pembebasan Al Aqsa nanti.

Umumnya umat Islam di akhir zaman, yang imannya setebal kukit bawang sahaja, hanya mampu melaungkan takbir tanpa roh. Jangankan medan perang, baru berhadapan dengan sedikit kesusahan, sekelumit penderitaan, dah mula tarik diri. Berbagai alasan yang diberi, dolak dalik sentiasa dicari. Jika di hadapannya terbentang kesenangan, kekayaan, maka dialah orang pertama akan ke hadapan. Tapi jika di depannya perlu pengorbanan wang ringgit dan harta benda, maka dia juga orang pertama yang paling ke belakang. Mengintai ruang untuk menghilangkan diri.

Tidak syukur dengan nikmat Allah. Tamak holaba terhadap harta sangat-sangat ketara. Tidak langsung pedulikan nasib Islam. Bahkan jangankan nasib Islam, nasib saudara mara, jiran tetangga pun tidak dipedulikan. Tapi dalam sembahyang setiap hari memperbaharui ikrar, hidup mati untuk Tuhan.

Allah memberi peringatan keras dan jelas!! Dalam tiga ayat terakhir:

1. Tidakkah ia ketahui ketika di bongkar segala yang ada dalam kubur
• di dalam kubur lagi, tidak terlepas dari di soal siasat oleh Malaikat. Ke mana harta yang Allah rezkikan semasa di dunia, dibelanjakan? Kenapa Islam tidak dipedulikan? Mampukah kita melepasi kegawatan dalam alam kubur??

2. Dan dikumpul serta didedahkan
segala yang terpendam dalam dada
• ketika berkumpul di Padang Mahsyar, mulut yang selalu memberi alasan itu dan ini, akan ditutup erat. Allah Yang Maha Mengetahui akan bongkar segala yang dalam dada-dada manusia. Bahkan akan dipaparkan di skrin layar yang untuk ditonton oleh semua. Semua rahsia terbongkar. Malunya kita, hingga daging-daging pipi turut luruh jatuh.

3. Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang mereka pada hari itu
• ya.. tempat yang selayak untuk orang yang mengumpulkan harta-harta ialah al Hutamah. Apa itu al Hutamah? Iaitu api yang disediakan oleh Allah, yang membakar sampai ke hati. Na'uzubillah!‎

Begitu sekali kasih sayang Allah kepada kita umat Nabi Muhammad SAW. Dan begitu juga kasih dan sayangnya Nabi kepada kita, unat-umatnya. Tidak ada satu ayat daripada ribuan ayat Quran disembunyikan, semuanya disampaikan agar kita umat akhir zaman dapat pengajaran, dapat didikan agar selamat hidup di dunia dan di akhirat, serta dijauhkan dari neraka yang dahsyat azabnya.

Begitulah satu daripada alunan nasyid Pembela Al Quran, yang dapat membantu kita memahami kehendak Al Quran. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung, dalam pembikinan Album ini. Sesungguhnya, merekalah pembela Al Quran.

" Ya Allah! Tolonglah pandu dan pimpinlah hati kami, agar kami benar-benar menjadi pemburu dan pencinta akhirat dan bukan lagi pemburu dan pencinta dunia yang menipu ini. Amiinn ya Allah! "

Ampun maaf kepada semua.
MT Ikhwan
4 Okt 2013 @ WS Merbok


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday 30 September 2013

Mulakan Kehidupan Dengan Meyembah Allah


Salam sejahtera kpd semua. Ku nukilkan catatan ini buat diriku, ahli keluargaku dan teman-teman seperjuangan serta pembaca budiman.

Allah berfirman dlm surah Al Imran ayat 112: 'Akan ditimpa kehinaan, di mana shj manusia berada, kecuali yg menjalin hubungan dgn Allah dan hubungan sesama manusia....(hingga akhir hayat)'.

Sembahyanglah medium perhubungan manusia dgn Allah, yg paling utama. Bygkanlah di awal sembahyang subuh, jika kita benar-benar menghayati doa Qunut pun, cukup baik utk kita memulakan kehidupan / perjuangan, agar dijauhkan drp kehinaan.

Doa Qunut:
1. Ya Allah berilah aku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk,

Diawal-awal pagi, kita minta Allah anugerahkan kita petunjuk. 
i. Hidayah
ii. Ilmu maknawi yg sgt memberi manfaat
iii. Rasa cinta, rindu dan takutkan Allah
iv. Rasa cinta dan rindu kpd Rasul SAW dan para Kekasih Allah

Bahkan kita minta Allah anugerahkan sptmana Allah pernah anugerah kpd org-org terdahulu iaitu terdiri pada Anbiya' wal mursalin, sabahat yg kesemuanya diredhai oleh Allah, tabiin, tabiut tabiin dan org-org soleh kesemuanya.

2. dan berikanlah kesejahteraan sptmana org-org yg pernah Engkau kurniakan kesejahteraan,

Seterusnya kita minta kesejahteraan drp yg Maha Pengurnia.
i. Sejahtera hati / roh
ii. Sejahtera akal fikiran
iii. Sejahtera jawarih
iv. Sejahtera dlm mentadbir keluarga
v. Sejahtera dlm menjalankan amanah Allah dan Rasul (perjuangan) dan byk lagi.

3. dan belalah aku sptmana org-org yg pernah Engkau beri pembelaan,

Subhanallah, kita meminta pembelaan dari Kuasa Yg Maha Membela.
i. Bela nasib Islam
ii. Bela perjuangan memertabatkan agama
iii. Bela tinggikan syiar Islam, melalui sykt GISB
iv. Bela kehidupan dan rmh tangga kita dan berbagai-bagai pembelaan, sptmana Allah pernah beri pembelaan kpd Rasul SAW dan para sahabat dikebangkitan Islam pertama. 

Jadi jika benar-benar memahami setiap lafaz doa, bacaan-bacaan dlm sembahyang. Kemudian kita hayati sungguh-sungguh, minta sungguh-sungguh pd Tuhan. Mengadu nasib pdNya. Merayu, merintih dan menagih janjiNya, lambat laun pasti dtgnya Pembelaan dari Nya.

Ini baru 3 doa daripada doa qunut, bahkan terlalu byk doa-doa dalam sembahyang kita dari awal kita berniat. Bahkan bukan niat sembahyang shj ( spt subuh, zohor dan lain-lain),krn itu dah tentu menjadi syarat sah sembahyang, tp kita niatkan juga dlm hati kita; "Ya Allah, jadikan sembahyang aku ini, bertambah cintaku, rinduku dan takutku pd Mu, juga rinduku pada Rasul SAW. Tlglah jadikan hatiku ini benar-benar menyembah Mu, wahai Tuhan. Jadikanlah aku pembela agama Mu, melalui sembahyang ini". Dan lain-lain niat yg menjuruskan kpd rasa berTuhan dan rasa kehambaan.‎ Bukankah Rasul SAW pernah bersabda, setiap amalan itu bermula dgn niat? 

Moga-moga kita bertambah ghairah nak baiki hubungan dgn Allah, melalui membaiki sembahyang kita. Yg belum faham bacaan dlm sembahyang, mulakanlah usaha ikhtiar agar faham makna sembahyang. Yg dah faham, teruskan pula usaha utk menghayati dan berckp-ckp dgn Allah dlm sembahyang (hatilah alat utk berckp-ckp dgn Allah). Meminta dan memohonlah pdNya. Sesungguhnya Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Mudah-mudahan kita akn dilayakkan menjadi pembela agama Allah. Insya Allah wa bibarakatillah!

Ampun maaf
MT Ikhwan
@ WS Merbok


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday 6 September 2013

Permohonan Maaf

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Yang dikasihi rakan-rakan staf GISB dan pembaca budiman!

Saya, Mokhtar b Tajuddin, penulis blog MT-Ikhwan313 ingin memohon maaf dengan sebanyak-banyaknya kepada semua atas segala tulisan saya selama ini, yang sebenarnya adalah salah, mengelirukan, melanggar fatwa ‎dan membawa kepada kesesatan.

Seiring dengan pengistiharan Taubat oleh Puan Ibu Haatijah AM dan seluruh Team Pengurusan dan Staf GISB, saya juga bertaubat daripada mengamalkan Aurad Muhammadiah dan apa-apa amalan yang didapati bercanggah dengan lunas-lunas pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Juga ingin ditegaskan bahawa berpegang kepada Abuya ghaib dan akan zahir semula, adalah salah. Abuya sebenar telah mati dan tidak akan kembali lagi. Moga Abuya damai di sana.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua agar kembali ke pangkal jalan dan serius untuk benar-benar menyesal. Marilah sama-sama kita beramal dengan segala amalan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang selamat dan menyelamatkan.

Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan panduan agar kami mampu kembali ke tengah masayarakat yang sama-sama cintakan Agama, Bangsa dan Negara. Diharapkan GISB dapat menjadi sebuah syarikat yang sama-sama mendokong aspirasi negara Malaysia yang tercinta.

"MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

Sekian

Yang bertanggungjawab,
Mokhtar b Tajuddin

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.