Monday 30 September 2013

Mulakan Kehidupan Dengan Meyembah Allah


Salam sejahtera kpd semua. Ku nukilkan catatan ini buat diriku, ahli keluargaku dan teman-teman seperjuangan serta pembaca budiman.

Allah berfirman dlm surah Al Imran ayat 112: 'Akan ditimpa kehinaan, di mana shj manusia berada, kecuali yg menjalin hubungan dgn Allah dan hubungan sesama manusia....(hingga akhir hayat)'.

Sembahyanglah medium perhubungan manusia dgn Allah, yg paling utama. Bygkanlah di awal sembahyang subuh, jika kita benar-benar menghayati doa Qunut pun, cukup baik utk kita memulakan kehidupan / perjuangan, agar dijauhkan drp kehinaan.

Doa Qunut:
1. Ya Allah berilah aku petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk,

Diawal-awal pagi, kita minta Allah anugerahkan kita petunjuk. 
i. Hidayah
ii. Ilmu maknawi yg sgt memberi manfaat
iii. Rasa cinta, rindu dan takutkan Allah
iv. Rasa cinta dan rindu kpd Rasul SAW dan para Kekasih Allah

Bahkan kita minta Allah anugerahkan sptmana Allah pernah anugerah kpd org-org terdahulu iaitu terdiri pada Anbiya' wal mursalin, sabahat yg kesemuanya diredhai oleh Allah, tabiin, tabiut tabiin dan org-org soleh kesemuanya.

2. dan berikanlah kesejahteraan sptmana org-org yg pernah Engkau kurniakan kesejahteraan,

Seterusnya kita minta kesejahteraan drp yg Maha Pengurnia.
i. Sejahtera hati / roh
ii. Sejahtera akal fikiran
iii. Sejahtera jawarih
iv. Sejahtera dlm mentadbir keluarga
v. Sejahtera dlm menjalankan amanah Allah dan Rasul (perjuangan) dan byk lagi.

3. dan belalah aku sptmana org-org yg pernah Engkau beri pembelaan,

Subhanallah, kita meminta pembelaan dari Kuasa Yg Maha Membela.
i. Bela nasib Islam
ii. Bela perjuangan memertabatkan agama
iii. Bela tinggikan syiar Islam, melalui sykt GISB
iv. Bela kehidupan dan rmh tangga kita dan berbagai-bagai pembelaan, sptmana Allah pernah beri pembelaan kpd Rasul SAW dan para sahabat dikebangkitan Islam pertama. 

Jadi jika benar-benar memahami setiap lafaz doa, bacaan-bacaan dlm sembahyang. Kemudian kita hayati sungguh-sungguh, minta sungguh-sungguh pd Tuhan. Mengadu nasib pdNya. Merayu, merintih dan menagih janjiNya, lambat laun pasti dtgnya Pembelaan dari Nya.

Ini baru 3 doa daripada doa qunut, bahkan terlalu byk doa-doa dalam sembahyang kita dari awal kita berniat. Bahkan bukan niat sembahyang shj ( spt subuh, zohor dan lain-lain),krn itu dah tentu menjadi syarat sah sembahyang, tp kita niatkan juga dlm hati kita; "Ya Allah, jadikan sembahyang aku ini, bertambah cintaku, rinduku dan takutku pd Mu, juga rinduku pada Rasul SAW. Tlglah jadikan hatiku ini benar-benar menyembah Mu, wahai Tuhan. Jadikanlah aku pembela agama Mu, melalui sembahyang ini". Dan lain-lain niat yg menjuruskan kpd rasa berTuhan dan rasa kehambaan.‎ Bukankah Rasul SAW pernah bersabda, setiap amalan itu bermula dgn niat? 

Moga-moga kita bertambah ghairah nak baiki hubungan dgn Allah, melalui membaiki sembahyang kita. Yg belum faham bacaan dlm sembahyang, mulakanlah usaha ikhtiar agar faham makna sembahyang. Yg dah faham, teruskan pula usaha utk menghayati dan berckp-ckp dgn Allah dlm sembahyang (hatilah alat utk berckp-ckp dgn Allah). Meminta dan memohonlah pdNya. Sesungguhnya Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Mudah-mudahan kita akn dilayakkan menjadi pembela agama Allah. Insya Allah wa bibarakatillah!

Ampun maaf
MT Ikhwan
@ WS Merbok


Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Friday 6 September 2013

Permohonan Maaf

‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّهِ وَبَرَكَاتُهُ 
Yang dikasihi rakan-rakan staf GISB dan pembaca budiman!

Saya, Mokhtar b Tajuddin, penulis blog MT-Ikhwan313 ingin memohon maaf dengan sebanyak-banyaknya kepada semua atas segala tulisan saya selama ini, yang sebenarnya adalah salah, mengelirukan, melanggar fatwa ‎dan membawa kepada kesesatan.

Seiring dengan pengistiharan Taubat oleh Puan Ibu Haatijah AM dan seluruh Team Pengurusan dan Staf GISB, saya juga bertaubat daripada mengamalkan Aurad Muhammadiah dan apa-apa amalan yang didapati bercanggah dengan lunas-lunas pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Juga ingin ditegaskan bahawa berpegang kepada Abuya ghaib dan akan zahir semula, adalah salah. Abuya sebenar telah mati dan tidak akan kembali lagi. Moga Abuya damai di sana.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua agar kembali ke pangkal jalan dan serius untuk benar-benar menyesal. Marilah sama-sama kita beramal dengan segala amalan yang berteraskan Al Quran dan As Sunnah yang selamat dan menyelamatkan.

Dikesempatan ini saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan panduan agar kami mampu kembali ke tengah masayarakat yang sama-sama cintakan Agama, Bangsa dan Negara. Diharapkan GISB dapat menjadi sebuah syarikat yang sama-sama mendokong aspirasi negara Malaysia yang tercinta.

"MALAYSIAKU BERDAULAT: TANAH TUMPAHNYA DARAHKU"

Sekian

Yang bertanggungjawab,
Mokhtar b Tajuddin

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.